Rabu, 21 Agustus 2013

Surat Cinta Buat Pujaan Hati (kekasih)



Surat Cinta Buat Pujaan Hati (Kekasih)

Surat Cinta Buat Pujaan Hati (kekasih) [ www.BlogApaAja.com ]

Dengan nama Tuhan yang penuh Ketinggian kumulakan surat cinta ini. Semoga kemurahan Tuhan sentiasa melimpah=C2=ADruah dalam cinta kita.

Kekasih....



Buat sekian kalinya aku titipkan surat ini buatmu. Begitulah jua keadaan jiwa dan perasaanku. Tidak pernah reda daripada gelora cinta yang memukul pantai hati. Aku kehabisan kata untuk digambarkan betapa perasaan rindu ini buatkan aku lupa pada sesuatu. Kadang=C2=ADkadang aku lupa hari apakah hari ini? Kerana hatiku penuh dengan rindumu. Fikiranku penuh dengan gambaran wajahmu.

Kekasih...



Aku ingin sekali menebus segala rinduku disetiap pertemuan kita. Namun, rindu lama tidak sempat terlerai telah terbeban dengan segunung rindu yang baru. Terlalu sukar untuk aku hapuskan rindu ini dari hatiku walaupun dirimu berada dipangkuanku, rinduku tetap membara. Setiap kali menatap wajahmu, setiap kali itulah rinduku semakin hangat dan cintaku semakin mekar. Betapa aku kalut dalam melayani kerenah rindu ini.



Kekasih....



Wujudkah ubat untuk menghilangkan rindu di hati ini? Walau selalu kutatap gambar=C2=ADgambar kenangan kita, rindu ini tetap tidak mahu pulang walau beratus kali gambar=C2=ADgambarmu kutatap,namun begitulah aku.



Hati lelakiku ini masih tidak mampu untuk mendepangi dugaan rindu ini. Entahlah... aku sering berdoa dan berharap agar ada suatu masa yang dapat aku lunaskan segala rindu dan dendam yang terbuku di hati ini.



Kekasih...



Aku masih ingat kata=C2=ADkatamu, jika rindu lihatlah pada bintang=C2=ADbintang. Carilah bintang yang paling bersinar dan ketika itu pasti aku tahu bahawa aku juga turut dirindui.



Saat bersamamu buat aku cukup bahagia. Pujuk rayumu buat aku lupa segala keresahan dan masalah kehidupan yang aku hadapi. Ingin sekali aku berada disamping mu sentiasa. Namun keadaan tidak mengizinkan aku berbuat demikian.



Kekasih...



Sekarang ini aku penat memikul janji cinta kita. Namun aku bahagia kerananya. Dan aku benar=C2=ADbenar tidak sabar untuk menanti hari yang menghalalkan aku segalanya keatasmu. Dan doaku, moga Tuhan masih sudi untuk merahmati umur dan nyawaku sehingga ke saat itu.



Hanyalah dirimu kekasihku.....


Follow On Twitter